Ahad, 14 Ogos 2011

BERAKHIR SUDAH MINGGU INI

 ASSALAMUALAIKUM , SELAMAT SEJAHTERA N SALAM SATU MALAYSIA :)

hey kawan-kawan semua . apa khabar ? harap sihat dalam bulan ramadhan ini . kami ingin berkongsi cerita pada minggu ini . di sekolah beberapa orang guru sudah memberikan taskirah pada minggu nie , hampir 5orang guru memberi taskirah di atas pentas . taskirah yang telah di sampaikan oleh guru-guru pada minggu ini , dapat kami  mempelajari dan mengambil tahu tentang-tentang dalam bulan ramadhan . dalam bulan ramadhan ini penuh bermakna bagi semua umat yang bergelar islam , bulan ramadhan ini juga dapat menambahkan pahala umat islam . harap minggu depan dapat mendengar banyak taskirah yang di sampaikan oleh guru-guru .


Setiap hari jumaat , sekolah kami telah mengadakan bacaan yasin , solat taubat & solat hajat . kami tidak dapat sembahyang disurau , kerana surau kami tidak mencukupi untuk 1000 orang pelajar . kami ditempatkan untuk sembahyang didataran . program ini dapat dijalankan dengan lancar sekali . selepas semua nie habis , kami diberikan taklimat untuk trial spm di ruang legar . kami disuruh beratur ikut kelas masing-masing . kelas kami telah duduk dalam barisan mengikut angka giliran , kami juga telah diberikan slip peperiksaan percubaan spm . kami semua rasa sangat takut apabila menduduki trial spm , walaupun bukan betul-betul peperiksaan spm yang sebenar . kami semua sudah merasakan semua itu , hati kami berkata cukup ke apa yang kami telah belajar selama 7 bulan nie , dapat ke kami menghadapi peperiksaan ini dengan belajar selama 7 bulan . kami harap apa yang kami telah belajar , kami akan dapat menjawab semua kertas peperiksaan nanti . kami harap sangat kami akan memberi keputusan yang membanggakan guru-guru dan ibu bapa kami , kami harap apa yang kami buat semua ini dapat memuaskan hati semua orang . habis sudah taklimat untuk trial spm , kami diberikan tugasan untuk membersihkan kelas dan menyusun meja-meja dan kerusi untuk peperiksaan nanti . kami sangat bersemangat dan bekerjasam untuk membersihkan kelas yang kami duduk itu .









xlupa juga kelas kami ada seorang pelajar lelaki yang akan menduduki peperiksaan bersama kami . kami sangat gembira dapat mencukupkan bilangan kelas kami dengan 16 orang pelajar .





selesai sudah semua ini , cikgu yusina memberikan slip peperiksaan kepada ketua dan penolong tingkatan untuk tampal disetiap meja mengikut angka gilaran yang telah di tetapkan . selepas selesai semua itu ., kami dibenarkan pulang ke rumah masing-masing . ini lah cerita pada minggu ini . goodluck untuk semua tingkatan 5 . do the best !!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan